Pesan Roh
Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila
mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta
kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab
pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu,
mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah
engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya
dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari
tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi
sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti
mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak
akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan
pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
“Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya
dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah
aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang
dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.
Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang
sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka
mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah
kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai
anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu
juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam
mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji
di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya
tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih
terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang
pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail
A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang
akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu
dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut
orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan
kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak
ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri
majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin
dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari
arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf
dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah
gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T.
berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah
AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah
S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka
keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.