Friday, June 15, 2012

hari ini: 15 Jun 2012....selamat hari jadi yang ke 71

Hari ini...usia mak 71 tahun. Gambar di sebelah, mak bersama anak2 nya yang kelapan....ada lagi 3 anak yang belum dilahirkan pada ketika ini. Dalam gambar ini, ada Abg Long....sudah pergi dulu menemui Ilahi pada umur genap 40 tahun...Alfatiha...semoga rohnya sentiasa bersama para solihin....dan juga bersama Arwah Bapa...amin. Dan mak sentiasa mengingati kedua2 orang yang disayangi ini dengan menceritakan kisah silam nya sambil menitiskan air mata kerana rindukan mereka..........

Dan mak....sentiasa sangat sayangkan anak-anak nya... dan sentiasa mengambil tahu akan kehidupan anak2nya kerana itu kerjanya dari melahirkan anak2...sehingga membesarkan mereka....seorang ibu dengan 11 orang anaknya...dan kini mempunyai cucu lebih 40 orang dan dua orang cicit..........


Gambar disebelah kanan....nampak begitu meriah kelihatan arwah Bapa dan arwah Abg Latip juga ada dan sebahagian dari cucu mak. Gambar di pagi raya.....dan ia tidak akan sama lagi di hari raya yang akan datang kerana tiada lagi orang yang dikasihi. Dalam gambar ini...Abang Long tiada...kerana sudah pergi buat selamanya.


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata : "wahai Rasulullah, saya ingin berjihad menegakkan agama Allah". Rasulullah bertanya :"Apakah ibumu masih hidup". Orang itu menjawab ya. Rasulullah SAW bersabda : "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu. Disanalah syurga berada". (Riwayat At-Thabrani)

gambar disebelah adalah manusia hebat yang Allah kurniakan kepada kami skeluarga. Sepanjang hayat hidupnya membesarkan anak2 yang kesemuanya sentiasa didoakan kebahahagiaan kehidupan anak2 nya. Apakah ganjaran yang harus diberikan kepada manusia sehebat ini?
Syurga di Telapak Kaki Ibu
(lirik lagu Aishah)

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu
Dari  sini...segalanya bermula...mak dan bapa disandingkan...
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..
BONDA...... SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE -71

No comments:

Post a Comment