Sunday, November 22, 2009

PEMBERITAHUAN...

TABUNG IKATAN KASIH

Beberapa perkara perlu dibincangkan dan memerlukan pandangan dan pendapat semua agar tabung ini akan berterusan sehingga ke generasi seterusnya...Antara perkaranya:-

1. pandangan dan pendapat kegunaan dana terkumpul agar dapat memberikan kebaikan semua.

2. Perlukah AJK atau pemegang Amanah dilantik bagi menguruskan dana ini agar ia dapar berterusan sehingga ke generasi seterusnya.

3. dan pandangan2 lain yang dirasakan perlu...

SILA EMAILKAN PENDAPAT ANDA KEPADA musa.hasnah@yahoo.com.my. TOLONG SEBARKAN KEPADA KELUARGA YANG LAIN MENGENAI BLOG INI DAN EMAILKAN ALAMAT EMAIL ANDA KEPADA EMAIL YANG TERTERA DIATAS....

4 comments:

  1. cadangan:
    - untuk anak2 yg dpt menyambung pelajaran, beri sumbangan (cth: RM200 bermula dari tahun 2010.)
    - untuk keluarga yg dilanda musibah spt kematian, kecurian, kebakaran.
    beri sumbangan (RM200 to RM500,harus dibincangkan).

    HAri Raya Aidiladha minggu depan, kita semua berkumpul apa kata kita bincangkan balik dan melantik seorang bendahari yg akan mengumpulkan duit pada tiap2 bulan, sbbnya Mastura ada tanya dekat sapa dia nak bayar..

    ReplyDelete
  2. Cadangan :

    1. Beri sumbangan penghargaan & galakan pada sesiapa yg dapat terbaik & cemerlang dalam pelajaran. Contohnya dari peringkat Tadika hingga Universiti.
    cth Ahmad Amir Rashid Pelajar Cemerlang Akademik diberi sumbangan penghargaan RM200 utk peringkat Tadika. Untuk peringkat Rendah UPSR, SRP, SPM dan lain-lain.
    Jumlah sumbangan boleh lah di bincangkan. Ini sebagai galakan kpd ibubpa & anak2 agar berlumba-lumba untuk berjaya.

    2. Berkumpul setiap tahun atau adakan hari keluarga cth. pada hari raya atau hari2 cuti umum yang dikira sesuai. Klu nak glamor jemputlah wartawan...

    3. Berilah sumbangan kepada yang terdesak

    4. Buat potongan gaji bulanan

    ReplyDelete
  3. Salam Datuk Tuan Pengerusi, Datuk Timbalan Pengerusi, Datuk bendahari,

    Saya cadangkan kita wujudkan pelan dana tabung ikatan kasih keluarga Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Hassan dan Hajjah Hasnah Bt Mohammad.

    Setiap ahli atau cucu yang telah berkerja digalakkan untuk memberi sumbangan samada secara terus atau melalui potongan gaji secara bulanan.Jumlah ditetapkan diatas persetujuan majlis mesyuarat.

    Untuk meweujudkan satu dana kewangan yang kukuh untuk keluarga dimasa sekarang dan dimasa akan datang, saya cadangkan sumbangan dana ini dimasukkan kedalam skim pelaburan yang terjamin seperti ASB dan amanah2 saham yang lain.

    Cadangan seterusnya adalah untuk membuat (pinjaman) pelaburan skim amanah saham yang terjamin seperti ASB ini (diatas nama nenda Hajjah Hasnah Bt Mohammad)ATAU pihak yang diamanahkan diatas nama dana ini. Pinjaman pelaburan skim amanah ini boleh dibuat didalam jumlah RM 100 000 atau 50 000.

    Sumbangan bulanan dari setiap ahli akan disalurkan untuk membayar ansuran bulanan pinjaman skim amanah yang telah dicadangkan tadi.Dividen tahunan dari skim amanah saham tadi akan digunakan untuk aktiviti keluarga, hadiah kecemerlangan, sumbangan, dan pelaburan yang lain. cth nya dividen 10peratus dari 100 ribu amanah saham ASB, keluarga akan mempunyai peruntukan tetap 10 000 untuk aktiviti tahunan (disertakan dengan sumbangan sukarela yang lain).

    Cadangan skim pelaburan ini adalah penting supaya keluarga mempunyai asas sumber kewangan yang terjamin dan kukuh dimasa sekarang dan dimasa hadapan,dan penting untuk perancangan kesinambungan empayar ikatan kasih Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Hassan dan Hajjah Hasnah Bt Mohammad.

    Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk meluaskan empayar perniagaan keluarga Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Hassan dan Hajjah Hasnah Bt Mohammad yang mungkin akan diwujudkan suatu hari nanti dan diharapkan hal ini dan dana ini tidak menjadi bahan hebahan (atau gossip yang terlampau LOL)

    Ikhlas, Amanah, istiqamah , kejayaan dan ikatan kasih yang berterusan adalah jati dana ikatan kasih keluarga Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Hassan dan Hajjah Hasnah Bt Mohammad ini diwujudkan.

    its a one big family.Something big is about to come....hoping for the greatest...
    Viel erfolg und viel glueck!

    -cucu sulung / Think tank ikatan kasih keluarga Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Hassan dan Hajjah Hasnah Bt Mohammad

    ReplyDelete
  4. bgs2..begitu byk idea bernas..teruskn usaha anda semua....dan pujian harus diberikan....kpd semua yg t'libat.....

    ReplyDelete